Saturday, January 1, 2011

LAST POST FOR 2010 - Good bye 2010 Welcome 2011




      This is my last posted for 2010. But its not means that i will stop bloggering (ha ha ha suka la nk letak ayat aper pun) And this is my first entri for 2011. Macam-macam perkara yang berlaku. Putus cinta. Dapat Cinta baru. Kawan baru kerja baru tempat baru rumah baru. Badan jer x baru baru lagi ha ha ha. Macam-macam suka,duka,gembira, sedih,menangis,ketawa, semuanya dan dilalui untuk tahun ini. Thanks to all my friend yang selama nie sentiasa ada disisi saya mengharungi segala rintangan dugaan cubaan dalam melalui liku-liku kehidupan yang semakin mencabar nie (peh ayat nk bombastik sajer he he he)

         Rasa macam tak percaya jer dah nak masuk tahun baru. Rasa macam baru jer bertegang urat dengan ex Bos Ms Ling( rindu dekat itu amoi)Hantar surat resign. Interview dengan Bos Baru (sapa lagi Ms Shireen Jasin a.k.a mak hayam kitaorang ( jangan marah yek bos gurau2 jer leb u so much )Masa baru nak start kerja plak macam macam dugaan yang terpaksa dilalui. Start keje dengan tangan berbalut. Kes hampir kena ragut. Tahun nie banyak kali lar kejadian yang tak diingini sebegitu berlaku. Aku pun tak tahu naper peragut tu suka betul dekat aku hu hu hu. bemula kehidupan aku sebagai seorang GUEST SERVICE EXECUTIVE yang berjaya. He he he.

         Bila dah menjadi gadis counter nie macam-macam pengalaman yang menarik dan tak menarik. kena maki tu dah biasa. dan imune dah almaklumlah sebelum nie pun dah selalu kena maki dengan Guest masa keje kat renaissance dulu. Kejadian-kejadian yang tak diingini pun banyak. Outing dan macam-macam lagi lah dekat tempat baru nie. Semakin tenang rasa keje kt sini. x de la rasa tension m keje kt tempat lama dulu. Yer lar kt tempat lama tu 5 star so pressure dia pun 5 star jugak lar he he he.

        Rasanya tahun 2010 nie 3 kali kot aku terjatuh cinta dgn org. Yang pertama MIA. Yang kedua pulak kaki gengster. Yang ketiga nie so far Alhamdulillah lah. Tapi nanti2 x tau la plk dia macam mana. he he he. Aku kena ugut. 2 kali hampir kena langgar. Sakit. Admitted kt spital. Aku harap sangat tahun baru nie nanti merupakan tahun yang memberi aku banyak kebahagian dan kesenangan dalam hidup. Hopefully jodoh aku juga sampai dan hingga ke jinjang pelamin dengan jaya nyer.. hik hik hik. sorry arr tergediks plk. he he he.

         Tu All my friends x kira lar dekat mana korang berada. Aku nak minta maaf sekiranya sepanjang perkenalan kita nie aku ada wat salah tersakitkan hati tanpa sengaja. terkata x semena mena. tersumpah tanpa sengaja. terhutang termakan teminum semua lar. Aku nie insan biasa. tak lari dari membuat kesilapan. Aku akan berusaha untuk memperbaiki segala cacat cela kelakuan dan pertuturan aku dimata korang semua. Aiseh terjiwang la plak.

         So inilah entri terakhir aku tahun 2010 dan ini lah entri pertama aku 2011. tahun baru azam baru. semaga banyak benda baru pengalaman baru pangkat baru dan semua baru kecuali BF baru he hehe.. Cukup lah yang nie En. Haqiem ku sayang. saya sayang anda selamanya. Kita sama-sama berdoa agar perhubungan kita kekal hingga ke jinjang pelamin ke akhir hayat. dan kalau diizinkan tuhan dapat menjadi bidadarinya hingga ke surga. Peh ayat nk bombastik jer. he he he. Selamat tahun baru kengkawan semua.


No comments: