Wednesday, January 27, 2010

Perkenalan yang menyakitkan hati...

Saya terpanggil untuk membuat sedikit ulasan dengan tulisan saya “Perkenalan yang menyakitkan hati.” Banyak sangat komen yang saya dapat untuk tulisan nie. First of all thanks a lot for all the comment. Yang baik saya jadikan teladan yang baik saya jadikan sempadan. Saya nak berikan kongsikan sedikit pendapat saya bersama teman-teman yang memberikan pendapat.

  • Ada yang kata begitula adatnya sekiranya kita berkenalan kat sosial networking. Kena terima la kalau dapat “teman” yang seperti itu. Saya rasa ini adalah masalah atitude seseorang. Tak kira kat mana kita berkenalan kalau pemikiran tu tak matang berfikir tidak menggunakan akal pun sama juga. Kalau berkenalan kat masjid pun kalau dah perangai tu x sopan x berguna jugak. So jangan jadikan tempat perkenalan sebagai alasan. Sekiranya nak berkawan biarlah niat tu betul dan iklas. Bukan berkawan untuk mengambil kesempatan.
  • Ada yang kata perempuan nie terlalu sensitif. Cepat sentap dan sebagainya. Pada saya tak kisah sama ada lelaki ataupun wanita mereka ada sensitiviti mereka sendiri. Cuma mereka tunjuk ataupun tidak. Kalau kita tahu menghormati sesebuah perhubungan dan kita tahu dimana apa yang patut dan tidak patut kita lakukan mesti perkara ini tak akan timbul.
  • Its not about wanita perlu belajar mengenai lelaki atau lelaki perlu belajar mengenai wanita. Sebenarnya kalau nak suruh belajar pasal tu sampai bila pun kita berubah rubah. Tetapi kita mungkin boleh belajar untuk menangani bagai mana untuk mengawal sesuatu situasi dengan cara berdiplomasi.

Kadang-kadang semakin maju sesebuah zaman tapi makin ramai manusia yang cetek akal. Seharusnya ilmu, dan kemudahan yang ada kita gunakan untuk membangunkan sesebuah negara. Tapi sesetengah pihak dengan bangga menggunakannya kejalan yang salah.

Tidak kisah lelaki ataupun wanita. Mungkin ada diantara anda semua pernah mengalami masalah yang sama. Bukan nak backing sesiapa tetapi sesiapa yang yang makan cili dia yang terasa pedasnya. Iklasnya saya harap pada Saudara/saudari yang suka buat kerja-kerja macam nie fikirkanlah masa depan. Gunakanlah akal dan fikiran yang diberikan oleh Tuhan sewajarnya. Menafaatkanlah ilmu yang dipelajari dan hargai penat lelah ibu bapa dan cikgu yang mendidik kita. Belajar untuk menghotmati dan memahami sekiranya kita mahu difahami dan dihormati.

Terima kasih kepada komen-komen yang membina. Yang Baik Datang dari Allah dan yang buruk adalah kelemahan saya dan akan saya perbaiki. Fikir2kan lah. Jaga diri dan Salam sayang untuk semua sahabat saya.