Saturday, January 1, 2011

First Entri ku......

          Morning everybody. Hows your first January 2011. Is macam biasa jer x de aper beza pun. Pepagi lagi dah terjaga. sedangkan baru jer tido kul 5am tadi. La nie even try nak lelap balik dah x buleh so gagahkan diri yang tetiba demam nie sebab bangun terkejut kot (ada ker orang demam cm tu) ha ha ha suka lar badan aku.

         Seawal pagi tadi breakfast Sebiji besar buah jambu batu. Baik tuk perhadamam tu. Tapi tu Doctor la yang kata tau bukan is yang kata so is ikut jer lar. Tapi yang sebenarnya x de benda nak makan kat rumah nie tu la sebabnyer. Nak cerita pasal permulaan Tahun baru nie is pun tak tahu nak cerita macam mana coz rasanya permulaannya pun dah menyakitkan. Tadi jatuh kat bilik air tah kenapa tah tetiba hilang daya imbangan badan, (peh bahasa melayuku mesti Cikgu ku bangga)Sakit giler pinggang nie. Adoi Ai. Nak berjalan balik ker bilik sangatlar sakit. Nak berdiri pun susah terpaksa la merangkak. Hadoi dh macam comodo tgh padang pasir jer nasib baik dekat rumah aku sendiri.

      Tapi hilang juga sakitku ini setelah Buah hatiku En HAQIEM call seawal pagi wish morning n love .. he he he. Jangan jelous lar. Kalau nak minta lar dengan BF korang. Mana leh Share2 benda nie. Conpius naper tetiba romantic sangat Hubby ku pagi nie. Hmmm biar lar. Bukan salah pun Kenapa suka Pikir bukan2 nie. Memang betul lar kata kengkawan semua Is nie ada satu tabiat buruk iaitu imaginasi terlampau. Hmm perlu baiki sebelum banyak perkara buruk berlaku.

        Dalam seminggu nie is teringin sangat makan dekat william corner tu. Tapi apalah nasibnyer x de sesape nak bawa is kesana. Hmm Tunggu la bila dah ada moto sok memang aku merempit semahunya. ha haha. Rindunyer nak makan dekat williams. Rindu jugak dekat My Hubby Haqiem. Korang agak2 dia tau tak aku rindu dekat dia nie. HMMM

        Ada sesapa nak bawa is makan kat williams tak Please........

LAST POST FOR 2010 - Good bye 2010 Welcome 2011




      This is my last posted for 2010. But its not means that i will stop bloggering (ha ha ha suka la nk letak ayat aper pun) And this is my first entri for 2011. Macam-macam perkara yang berlaku. Putus cinta. Dapat Cinta baru. Kawan baru kerja baru tempat baru rumah baru. Badan jer x baru baru lagi ha ha ha. Macam-macam suka,duka,gembira, sedih,menangis,ketawa, semuanya dan dilalui untuk tahun ini. Thanks to all my friend yang selama nie sentiasa ada disisi saya mengharungi segala rintangan dugaan cubaan dalam melalui liku-liku kehidupan yang semakin mencabar nie (peh ayat nk bombastik sajer he he he)

         Rasa macam tak percaya jer dah nak masuk tahun baru. Rasa macam baru jer bertegang urat dengan ex Bos Ms Ling( rindu dekat itu amoi)Hantar surat resign. Interview dengan Bos Baru (sapa lagi Ms Shireen Jasin a.k.a mak hayam kitaorang ( jangan marah yek bos gurau2 jer leb u so much )Masa baru nak start kerja plak macam macam dugaan yang terpaksa dilalui. Start keje dengan tangan berbalut. Kes hampir kena ragut. Tahun nie banyak kali lar kejadian yang tak diingini sebegitu berlaku. Aku pun tak tahu naper peragut tu suka betul dekat aku hu hu hu. bemula kehidupan aku sebagai seorang GUEST SERVICE EXECUTIVE yang berjaya. He he he.

         Bila dah menjadi gadis counter nie macam-macam pengalaman yang menarik dan tak menarik. kena maki tu dah biasa. dan imune dah almaklumlah sebelum nie pun dah selalu kena maki dengan Guest masa keje kat renaissance dulu. Kejadian-kejadian yang tak diingini pun banyak. Outing dan macam-macam lagi lah dekat tempat baru nie. Semakin tenang rasa keje kt sini. x de la rasa tension m keje kt tempat lama dulu. Yer lar kt tempat lama tu 5 star so pressure dia pun 5 star jugak lar he he he.

        Rasanya tahun 2010 nie 3 kali kot aku terjatuh cinta dgn org. Yang pertama MIA. Yang kedua pulak kaki gengster. Yang ketiga nie so far Alhamdulillah lah. Tapi nanti2 x tau la plk dia macam mana. he he he. Aku kena ugut. 2 kali hampir kena langgar. Sakit. Admitted kt spital. Aku harap sangat tahun baru nie nanti merupakan tahun yang memberi aku banyak kebahagian dan kesenangan dalam hidup. Hopefully jodoh aku juga sampai dan hingga ke jinjang pelamin dengan jaya nyer.. hik hik hik. sorry arr tergediks plk. he he he.

         Tu All my friends x kira lar dekat mana korang berada. Aku nak minta maaf sekiranya sepanjang perkenalan kita nie aku ada wat salah tersakitkan hati tanpa sengaja. terkata x semena mena. tersumpah tanpa sengaja. terhutang termakan teminum semua lar. Aku nie insan biasa. tak lari dari membuat kesilapan. Aku akan berusaha untuk memperbaiki segala cacat cela kelakuan dan pertuturan aku dimata korang semua. Aiseh terjiwang la plak.

         So inilah entri terakhir aku tahun 2010 dan ini lah entri pertama aku 2011. tahun baru azam baru. semaga banyak benda baru pengalaman baru pangkat baru dan semua baru kecuali BF baru he hehe.. Cukup lah yang nie En. Haqiem ku sayang. saya sayang anda selamanya. Kita sama-sama berdoa agar perhubungan kita kekal hingga ke jinjang pelamin ke akhir hayat. dan kalau diizinkan tuhan dapat menjadi bidadarinya hingga ke surga. Peh ayat nk bombastik jer. he he he. Selamat tahun baru kengkawan semua.


Friday, December 31, 2010

Kejutan berita.



Salam to All my bloggers,

       Atually cerita nie Is tau dah lama. Tapi tak tau nak percaya ke tak sebabnye takde bukti yang menyatakan cerita nie betul atau tidak. Tapi lepas sehari ke sehari dah banyak maklumat yang aku dapat pasal dia aku terus buntu. memang betul-betul tak sangka dia macam tu. Selama nie dia macam baik jer. Tak tau naper dia buat camnie. Aper motif dia wat cmnie dekat kengkawan dia.

          Dia betul-betul mempergunakan kelebihan yang dia ada untuk menipu orang lain. Kenapa perlu buat macam tu sedangkan dia tu mempunyai kekuatan untuk mencari rezeki yang halal. Tak perlu semua tu untuk menarik perhatian orang. Untuk mencari kawan. Tak semua orang tu berkawan disebabkan harta. Sekarang nie tak tahu cmne nak berhadapan dengan dia. Kenkadang tu memang rasa macam nak panggil dia dan tanya kenapa dia sanggup buat macam nie dekat kengkawan dia.

        Memang rasa Speachless sesangat masa tahu pasal benda nie. tak tahu nak cakap aper lagi dah. Mujurlah aku x ditipu sampai begitu sekali. Dan aku tak tahu kenapa dia tak tipu aku macam dia tipu orang lain. Aku memang kalau boleh nak jumpa dia dan nakkan explain dari dia.Tapi aku tak punyai kekuatan yang cukup tuk berhadapan dengan dia. Hu hu hu.


* kalau awak tahu saya sedang bercakap pasal awak sekarang nie tolong lah kenapa awak perlu buat semua nie. Saya percaya awak kawan saya. tapi kenapa awak buat benda nie dekat saya. Dan sanggup awak tipu kawan kawan awak yang lain. *