Friday, January 14, 2011

What a Life........

Assalammualaikum and Salam sejahtera,


                 Dah bape hari tak update blog nie rasa rindu pulak. Biasa lar keje malam minggu nie takde masa nak updated. Biasa lar kalau keje malam tido bukan main lama pun tetap rasa mengantuk bila start keje. Biasa lar tido siang and malam bukan sama pun. Malam kalau dapat tidor kejap pun at least fresh juga la bila bangun. Tapi kalau tido siang tu dari balik rumah sampai lah bangun sesiap nak pi keje tetap rasa mengantuk. Kengkadang tu baru masuk keje pun dah menguap dah. Minggu nie pun dah masuk keje pagi masih lagi tak sempat nak siapkan posts nie walaupun dah seminggu dekat dalam draft.

      Ini lar dia kemalasan telah melanda dalam diri. apatah lagi keadaan diri yang tak berapa sihat 2-3 minggu nie. Alhamdulillah dah semakin pulih setelah balik kampung berubat. Seronok sangat balik kampung ari tu. terasai dimanjai sesangat. Nak makan aper order jer Ibu tolong masakkan. Ayah tolong picitkan kepala sebab demam. Satu benda yang dah lama tak pernah dapat since Is kuar mencari rezeki bertapak sendiri. Rindu sangat suasana itu. Suasana bila ayah dan mama bersama. Walaupun kami tak sesenang mana aku gembira. Aku gembira sebab aku ada ayah dan mama.

        Kesian dekat adik aku. Kerana dia tak dapat melalui keindahan itu. Dia terpaksa bersaing untuk mendapatkan kasih sayang dari keluarga. Aku tahu dia banyak memendam perasaan. Kesian dekat dia. Aku pun tak sabar nak tunggu dia habis belajar. Dia start kerja. Biar dia boleh buat keputusan sendiri. Tanpa di kongkong oleh sesiapa. Adikku Puteri Nor Ellyza binti Mahamad Raship.. bersabar ye sayang masa mu akan sampai jugak akhirnya. Do Your best. Its not for us but is for you.