Friday, February 4, 2011

Kaki Aircond

         Mungkin betul agaknya kata orang. Zaman sekarang nie semua diukur mengikut status dan kepandaian. Kalau anda kaya semua orang pandang. Kalau anda ada sijil Degree PHD dan sewaktu dengannya Orang akan buka mata dan dengan senang anda boleh dapat kerja. Bagi yang kaki bodek pun macam tu jugak. Bukan setakat kipas jer zaman sekarang nie dah guna Air cond agaknya untuk bodek bos memasing. So senang lar dapat naik pangkat cepat dapat buat kerja senang dapat kenaikan gaji and bonus lebih. Ada jugak mengunakan kelebihan yang ada untuk menggoda supaya mendapat kepentingan dalam syarikat. Sudah tidak ada lagi yang memandang pada keiklasan dalam membuat kerja.

        Walaupun anda berusaha, bekerja keras tapi itu masih lagi tak mengcukupi untuk mendapatkan pulangan yang setimpal dengan apa yang anda telah usahakan. Kengkadang aku masih tak faham kenapa setiap tempat mesti ada benda nie. Ada yang menyokong ketua dan ada pula disebaliknya. Masih ada lagi yang membodek, mengipas untuk naik lebih cepat. Mereka tidak kisah untuk menjatuhkan orang lain memburukkan orang lain atau menabur pasir dlm periuk nasi orang demi mencapai apa yang mereka hajati. Depan ketua tunjuk baik macam mereka saja yang buat kerja. Kesalahan biasa pun nak diperbesarkan sehingga rakan kerja diberhentikan dan sebagainya. Sedangkan diri sendiri juga berbuat begitu. kalau ada kawan rapat yang bekerja sekali mesti kawan yg diutamakan. sekiranya kawan dia wat salah tutup sebelah mata ataupun senyap saja. cuba kalau orang lain satu kampung nak dicanang kesalahanya.

       Biarlah. Kepada Anda2 yang termakan cili tu so anda lar rasa pedas. bawak2lah berubah. Jangan nak menganiaya orang jer kerjanye. Ingat Doa org2 teraniaya nie memang cepat dimakbulkan Allah. Dah lar malas nk tulis dah. kalau tulis pun bukan dia baca pun. terpulang lar