Saturday, December 24, 2011

BERHENTI BERHARAP TAPI MASIH MENGHARAP.

               Its not the first time He doing this to me. Tapi aku masih lagi mengharap agar dia datang pada aku. Walaupun benda tu sebenarnya tak mungkin terjadi. Sometimes alasan bodoh yang dia bagi because tak turn up. Tapi aku masih lagi tak kisah dengan semua tu. Aku accept all his explanation walaupun aku tak sepatut buat camtu. Aku masih lagi nak tunggu. Macam menunggu buah yang tak gugur. Kenapa aku boleh bersabar sejauh itu. Bukan sekali dua dia tak tepati janji tapi aku masih lagi mengharap agar dia muncul depan aku. Bodohkan aku nie. Sudah terang lagi nyata yang dia tu nak mempermainkan aku mungkin nak mempergunakan aku untuk kepentingan diri dia tapi aku masih lagi buat tak tahu walaupun hakikatnya... Kenapa aku nie masih bodoh sangat. Mengharap orang yang memang tidak akan memberikan apa2 untuk aku. Kenapa aku mesti percaya pada kata2 dia sedangkan dah byk kali dia tipu aku.


                 Aku pun tak tahu ape yang ada pada dia sampaikan aku sanggup tunggu dia selama itu. Aku tak tahu kenapa aku masih lagi sanggup menunggu sedangkan aku tahu yang dia bukan org sepatutnya yang aku tunggu. Aku tak tahu sebab apa aku masih tunggu dia. Aku taktahu sebab ape aku tak boleh lupakan dia. Dah banyak kali aku berdoa agar aku boleh tinggalkan dia, tidak ambik perduli pasal diri dia, lupakan diri dia dan yang paling penting aku nak perasaan benci aku pada dia agar aku boleh lupakan dia. Agar aku boleh teruskan kehidupan aku tanpa dia. Agar aku boleh terima kehadiran orang lain dalam hidup aku. Tapi aku tak paham kenapa semakin aku cuba nak lupakan diri dia semakin kuat bayangan dia datang. Semakin aku cuba untuk benci dia semakin kuat perasaan cinta dan sayang nie kat dalam hati aku. Sebab dia aku tolak cinta dari orang lain. Kenapa aku nie buta sangat. Apa yang ada pada dia sampai aku tak boleh nk lupakan dia sangat2.


               YA Allah kuatkan hatiku untuk menerima dugaan ini. Berikan aku sedikit kebencian terhadap dirinya agar aku boleh melupakan dirinya agar aku boleh menerima orang lain dalam hidup aku. Aku tak mahu hidup aku terumbang ambing macam nie.