Friday, December 31, 2010
Kejutan berita.
Sunday, December 19, 2010
Hari Ahad yang indah.
Pagi nie seawal pagi dah dh breakfast. kita breakfast nasi lemak ayam. Kredit to pic nie. cmnie la lebih kurang picnyer. thnk to tuan punya pic and sorry ye menggunakan pic.
Bila perut kenyang mata sudah layu. Jadi terasa hendak tidur skang nie. tapi saya kena bekerja. x mengapa. Hari ini seawal pukul tiga petang saya sudah boleh balik. tapi tidak boleh balik juga kerna kena menyiapkan deco crismas untuk office. hmmmm Yang tu pun ada cerita disebaliknyer. tunggu la saya cerita dilaman yang lain k. bubye. Saya kena bekerja dengan rajin hari ini kerana tersangat banyak muka2 yang memang mencabar kesabaran saya hari ini.
Ya Allah berikanlah kesabaran yang tinggi hari ini pada insanmu ini dalam mengharungi hari ini dengan sabar. Amin. Happy working everybody
Saturday, December 18, 2010
Aku, Dia dan mix vegi
Camnie la rupanye lebih kurang lar nasi goreng tu. Dalam nasi tu pulak ada la bijih timah (mix vegi) yang paling aku tak suka. terlupa pulak kat sini kalau nasi goreng tu memang diorang suka letak benda alah tu. Tengah2 nak mengasingkan mix vegi tu tetiba teringat citer lamer. He he he dah macam citer hindustan le pulak. Berair kejap mata nie hah cm kena pedih bawang tu. Tertiba teringatkan sidia yang telah tiada. Dia je yang selalu rajin layan kita dengan bebenda yang camtu.
Kalau order je food dlm tu ada mix vegi mesti dia akan ambik pinggan nasi tu asingkan sampai habis baru letak balik depan aku. time tu memang rasa seronok sangat. memang susah nak dapat boyfriend camtu. Dia tu terlampau penyabar melayan kerenah aku yang macam bebudak nie. (dh memang masa dia bercinta dgn aku tu dia budak lagi nak buat cmner). Memang susah nak cari lelaki yang gentle cmtu. bukan maksud aku takde tapi susah nak cari. Kalau dengan BF2 aku (cam byk betul jer BF aku la nie kan ha ha ha.) memang jangan harap la nak dapat layanan tahap first class camtu. Balik2 aku nie yang bengkak mata menahan sabar perangai diorang tu.
Sebab tu la kalau biasa pi makan kat luar aku akan avoid makan nasi goreng so that aku x payah nak mengasingkan benda alah tu dan tak de la ku teringat sangat dekat dia. Aku selalu doakan agar dia tenang dan aman kat sana. Walau ape pun aku tak pernah dapat lupakan dia dan tak mungkin aku akan lupakan dia (kecuali la aku ada sakit amnesia...)Al- Fatihah.
Saturday, December 4, 2010
hari hari yang tersangat busan
Keduanya saya tersangat risau dengan keadaan buah hati saya. saya tidak dapat call dia sepanjang malam. Dengan keadaan dia yang tidak berapa sihat lagi menambahkan kerisauan dihati saya. Sudah sebulan lamanya saya tidak dapat berjumpa dengannya memandangkan dia masih lagi di kampung. Entah bagaimanalah keadaan dia disana. Berat sungguh dugaan yang perlu saya dan dia lalui sepanjang perkenalan ini. Banyak perkara sedih dari gembira yang berlalu dalam hidup saya. kawan saya kata jangan fikir perkara yang bukan2. tapi ianya masih lagi menghantui fikiran saya.
Saya berdoa agar dia selamat dan segera sembuh seperti biasa. Saya sangat risaukan keadaan dia. Saya tak sanggup melihat keaadan dia begitu setiap hari. Sebab saya sangat sayangkan dia dan semakin bertambah kasih sayang dia dari hari ke hari.
Itu saja yang saya nak tulis hari ini kerana saya tersangat busan dan tiada mood. Bila saya tiada mood saya tidak boleh berfikir dengan betul dan saya tak tahu aper perkara2 bodoh yang bakal saya lakukan selepas ini.
Monday, November 29, 2010
Full Pakage : Demam, Selesema And Flu
Doc : tekanan darah rendah. blood circulation pulak tak berapa nak okie. takut ada jangkitan kuman dalam darah. saya bagi ubat awak makan ye.
Me : Hari nie saya berkerja. Boleh bagi saya medical leave.
Doc : tp demam awak tak teruk. Saya bagi awak timeslip je ye. Nanti kalau awak rasa teruk balik awak datang jumpa saya.
me : Spechless for a few minute. (dalam hati, just because demam tak teruk tak boleh dapat medical leave. buta ke doc tu aku nie dh batuk cam ape dh nie) sambil bangun menuju ke pintu. Tak pe la doc kalau tak boleh bagi MC tu. saya berkerja jugak lah malam nie. tapi kalau pape jadi malam nie semasa saya bekerja doc tunggu je surat saman sari saya ye.
Sambil berlalu keluar dari bilik.
Doc : Eh awak takpe2...
me : takpe doc. as you said saya nie blood preasure low. pastu maybe ada blood infection. tapi saya nie demam tak teruk sangat. Doc jugak yakin saya boleh bekerja. kalau jadi pape sekat saya tunggu je la surat saman tu..
Terus berlalu ke counter ubat. Sampai sekarang nie still tak faham lagi ape motif dia. Go to private hospital pulak Doc tu bleh plk maki kata dah macam nie pun awak still nak kerja kagi ker.. pulak dah. Rasanya sama je course medical kat memana je. tapi tak tau la kenapa ada jawapan yang berbeza pulak. hmmmm entah lar.. dunia dunia....
Thursday, November 25, 2010
berhentilah mengharap...
Lucky me someone be there went the conflict happen. (alar abang handsome yang tengok i melatah tu lar dengan security guard kat pangsapuri penara tu. Selamat jugak lar sampai kat rumah. Merah jugak lar pergelangan tangan nie di cengkam kuat masa kejadian tu. Kenapa la dia nie tak paham bahasa. Dulu sape yang buang sapa. Sekarang nie kenapa sibuk nak cari balik macam orang gila talak. tak cukup ke awk dah menyusahkan hidup saya selama nie kenapa nak babitkan orang yang saya sayang. Kalau awak sakitkan saya masih boleh diterima lagi. Saya paham dan saya boleh simpan. Tapi kalau sampai membabitkan someone yang saya sayang saya memang tak boleh nak diamkan diri lagi.
Saya tak mahu bertindak kejam tapi awak yang paksa saya. Negara kita ada undang-undang. Kalau awakmasih lagi cuba untuk menporak perandakan kehidupan saya memang awak tempah suite mewah dekat penjara tu. Jangan ingat awak ada duit awak boleh binasa atau beli hidup orang. Cari la orang lain. Berhentilah mengharap yang awak akan dapat saya sebab kalau Bf saya tak suka saya pun belum tentu saya akan terima awak. Bagi saya awak dah lama mati.
Bukan harta yang saya cari. Saya tak heran harta awak tu. Saya tak pernah mimpi pun nak hidup mewah. Cukuplah sekadar senang dan bahagia. Buat ape banyak harta kalau hidup tak bahagia. Tolong paham. tak guna awak belajar tinggi-tinggi kalau benda yang simple camnie pun awak tak boleh nak berfikir. Sudah sudah la awak nak ganggu kehidupan saya. FULL STOP.
Monday, November 22, 2010
Apa korang rasa????? Itu aku rasa???
Dia citer dekat aku pasal masalah dia dengan BF dia. Dia kata so far dia hargai sangat aper yang Bf dia buat dekat dia. Caring sangat. Tapi dia cakap 2-3 weeks nie lar dia dah terasa bahang sikit dalam relationship diorang. Mungkin sebab BF dia memberi keutamaan dekat family yang dia terasa macam tu. so aku letakkan nama kawan aku nie Z (bukan nama sebenar). Z dah rasa yang perasaan dia dekat BF dia tu kosong sangat. Yang buat Z terasa sangat saat dia memang nak BF dia ada dengan dia. Masa tu Z sakit tapi sebabkan BF dia tu ada masalah keluarga. Z cuba la tuk understand pasal tu. then BF dia janji nak Bank in duit tapi dah 10 kali pi check pun tak de jugak. Z tak de la harap sangat walaupun dia susah. Tapi berjanji or bercakap tu macam beria sangat tapi takde pe pun yang jadi. hampeh. kalau nak tolong tu tolong la bebetul tak payah lar nak berjanji tapi at last nothing happen.
Sekarang nie Z dah terasa ape yang pernah jadi masa dia dengan ex BF dia dulu jadi balik sekarang nie. Pastu bila dia sms or call Bf dia mesti ada orang lain yang angkat or tolong replykan msg2 dia tu. kalau sekali dua takpe. nie dah banyak kali. nie yang membuatkan Z terfikir sama ada BF nie ada something yg disembunyikan. Sekarang nie dia terasa macam dah kecik hati dengan BF dia. ape yang tinggal pun rasa kesian. tapi Z pun tak tahu sama ada berbaloi untuk kesian dekat BF dia ke tidak.
Tah la. aku pun takde la nak komen banyak sangat sebab ada sesetengah situasi dia nie sama dengan aku. aku pun tak tahu sampai bila aku boleh bersabar dengan keadaan macam nie.
till then. see u next time.
Wednesday, November 17, 2010
Hati Oh Hati
First of all Is nak ucapkan Selamat HAri Raya Aidil Adha kepada semua family kengkawan readers. Rasa macam kejap je kan dah Menjelang Hari Raya Haji. Tengok kengkawan datang kerja masa hari raya ari tadi rasa macam baru lepas sambut hari raya puasa. To all yang sambut hari nie ( especially orang yg bercuti lar) jaga makan minum anda yer. Biasa lar negara kita nie kan meriah dengan makanan terutama menjelang hari raya nie. So jangan sampai salah makan sudah yer. tak pasal-pasal nanti extend cuti sebab dapat sakt pulak. Apatah lagi cuaca kat negara kita yang tak menentu nie.
He he he sorry panjang pulak mukadimahnyer hari ini. Sebenarnya hati rasa tak sedap sikit. Bukan bimbang perkara buruk yang berlaku tapi ada sesuatu perkara yang berlegar dalam kepala otak nie. Hasil dari conversation dengan kawan pagi tadi tiba-tiba terkeluar satu soalan cepuh emas. "are u really ready to have family now? Are sure with with your own feelings.??? Hah. Terkedu kejap bila dengar soalan dia. Dia tak bermaksud lar nak masuk campur dalam relationship tapi dia kata sekadar bertanya. Dia kata nak Is buat satu keputusan yang betul dan tak nak is menyesal dikemudian hari.
Sepanjang masa berkerja dari pukul 5 tadi masa dapat soalan cepuh emas tadi sampai lah sekarang masih berfikir lagi adakah keputusan yang diambil nie tepat ke tidak. Bukan sebab tak percaya kat buah hati tapi macam tak percaya pada diri sendiri mampu ke nak pikul tanggungjawab dalam melayari ikatan perkahwinan. Apatah lagi memikirkan kekurangan pada diri nie. Mampukah aku nak bahagiakan dia. hmmm Is sendiri pun tak tahu la macam mana. Tak tau nak kata aper. rasa macam diri nie tak layak untuk digandingkan dengan sidia.
Entahlah. Dah la is nie jenis yang susah nak berterus terang. Jenis yang tak reti nak bagi ekspresi muka. tak reti nak share feeling dengan orang. Biasanyer kalau marah ke sedih ke terasa, sakit hati bengang semuanyer simpan sendiri diam jer pendam dalam hati apatah lagi kalau perkara tu datang dari famili atau org2 yang disayangi. Tah lah. Is pun tak tahu nak cakap macam mana. BUkan tak sayang memang sayang sangat. terlampau sayang. tapi is redha jer kalau aper yang berlaku lepas nie. Is tak reti nak bergaduh pasal benda2 macam nie. Bagi is kalau itu yang buatkan dia bahagia is x kisah kalau diri is nie terluka teraniaya and etc... banyak sangat arr penat laks nk menyebut semuanya. Kalau dia bahagia is sepuluh kali lebih bahagia walaupun kebahagian itu mungkin bukan ketika dia bersama is.
Is selalu berdoa agar Allah jauhkan dia dari segala musibah. berikan dia kesenangan. Hish... naper arr dorang perpagi nie suka sangat bagi soalan cepuh mas nie kat is....
.
Tuesday, November 16, 2010
M.I.A @missing in action
Selamat Hari Raya Aidil Adha....
Cam tak caya jer esok dah nak raya haji dah. Cepatnyer rasa. cam baru semalam celebrate raya puasa. Tapi tak kemana pun. Rasanyer sambut dekat KL jer.. Tapi tak tau lah kalau mama nak balik kampung nanti. Makin lama makin rasa rindu sgt dekat ayah. tah macam mana lar keadaan ayah sekarang nie.
Bila hari hari camnie rasa sayu pulak. kalau lah boleh dapat sambut hari raya sekali sama2 semua. seronok sangat. takda la rasa cmnie. dah lama tak rasa nikmat raya yang sebenarnyer. bila agknyer perkara dan pengalaman dulu berulang kembali.
Sebenarnyer Saya nk ucapkan selamat hari raya kepada semua kengkawan dan blogger kat luar tu. Walaupun kita menyambut penuh gembira ingatlah insan yang tidak bernasib baik diluar sana.
K lar.. tetiba ayat skema plak ari nie. nak layan jiwang jap.. rindu plk dekat insan2 yang tersayang tu....
Wednesday, July 7, 2010
pulut Mangga......
Selepas berjaya mendapatkan ice cream tersebut aku pun dengan senyuman menolak trolly ke counter. Bila nan balik je masa tangah tunggu mama aku pergi membeli keke happy aniverserynya aku pun merayap la keluar.. biasa la tesco tiap2 bulan mesti ada expo thailand tu.. so pucuk dicita ulam pun medatang kan coz dh bape lama aku tercari cari antara makan faberet aku iaitu pulut mangga..kalau dapat pulut durian lagi arr layan sedap siot ha ha ha... so ini la yang berjaya aku rembat setelah balik dari tesco ari tu he he he
Tuesday, June 29, 2010
Buat ayah tersayang....
Kakak ingat lagi masa kita duduk dekat sungai buluh dulu. Masa tu pertama kali kakak masak untuk ayah. Kakak goreng ikan. Tapi masa tu kakak lupa bubuh kunyit dengan garam dekat ikan tu. Ikan tu pulak baru keluar peti ais. Memang keras. Bila masak ikan tu dh jadi macam kayu keras. Tapi ayah tetap makan jugak sampai habis.
Masa kakak sekolah menengah kakak selalu sakit. waaupun ayah sibuk kerja tapi ayah ada jenguk tangok kakak dalam bilik. lapkan badan kakak. Ayah sanggup bawa kakak pergi berubat sampai jauh. sampai balik terpaksa naik bas sebab keta rosak.
Ayah,
percayalah walaupun keluarga kita dah berpecah tapi kakak tetap sayang dekat ayah. kakak akan tetap buat ayah bahagia. kakak akan cuba untuk gembirakan ayah dan bagi kesenangan dekat ayah. Kakak tak mampu nak ucapkan dekat ayah kakak sayu sangat. Tapi tiap tiap tahun kakak tak pernah lupakan hari ini. Selamat Hari Bapa. walaupun kakak tahu kakak masih tak mampu nak penuhi permintaan semua orang tapi kakak janji kakak akan bahagia dan tolong ayah lepas nie. tak kira ayah ada kat mana kakak tetap sayang ayah sampai bila-bila.
Sunday, June 27, 2010
Lapar nasi......
Sekarang nie tertiba je rasa nak makan nasi walaupun aku bukannya jenis yang makan nasi sangat. Kalau dapat nasi panas dengan telur goreng pun sedap nie janji mama yang masak.(mama lagikan). Kalau ada dekat rumah tu asyik nak bertekak je kami dua beranak nie.
Inilah nasi yang menjadi idaman aku sekarang nie hu hu hu.... sangat lapar....
Thursday, June 24, 2010
Aku Dan Tunehotels.com
Banyak pengalaman kelakar yang aku nak kongsi dengan korang sebenarnya tapi disebabkan mengantuk aku tahap cipan la nie so nenanti la aku type lagi ye. bubye
Monday, May 10, 2010
I,M not Longger with renaissance KL.
Dah lama giler aku tak update blog aku nie. satu sebab tak ada masa. Yang keduanya aku sangat busy dengan training dekat tempat baru. And Yang paling penting aku dah tutup Broadband M**** aku tu sebab terlalu le lembab. so aku rasa tak berbaloi langsung aku menggunakan perkhimatan tersebut. InsyaAllah lepas hari nie aku akan cuba update blog aku nie. Gambar-gambar nanti la kau update ye. x de masa.
Bercerita pasal baru aku dh pun bertukar kerje. Dah sebulan la aku ditempat keje baru. So far seronok jugak la aku kat sini. kengkawan semua pun ok. Sentiasa membantu semua tak kedekut ilmu. So tu yang aku tak ada masa nak update blog aku nie.
So kepada sesiapa yang membaca nie aku nak beri tahu sekali lagi yang I,m No longger with Renaissance KL. So kalau anda nak pape citer, pasal room or pape promotion aku dh tahu ye. bukan ape penat nak menjawabnya. so kalau pape boleh direct call Renaissance KL htl ye. so sampai disini. nak buat kerje nanti aku update korang lagi citer2 terbaru aku k. Adios...
Wednesday, January 27, 2010
Perkenalan yang menyakitkan hati...
Saya terpanggil untuk membuat sedikit ulasan dengan tulisan saya “Perkenalan yang menyakitkan hati.” Banyak sangat komen yang saya dapat untuk tulisan nie. First of all thanks a lot for all the comment. Yang baik saya jadikan teladan yang baik saya jadikan sempadan. Saya nak berikan kongsikan sedikit pendapat saya bersama teman-teman yang memberikan pendapat.
- Ada yang kata begitula adatnya sekiranya kita berkenalan kat sosial networking. Kena terima la kalau dapat “teman” yang seperti itu. Saya rasa ini adalah masalah atitude seseorang. Tak kira kat mana kita berkenalan kalau pemikiran tu tak matang berfikir tidak menggunakan akal pun sama juga. Kalau berkenalan kat masjid pun kalau dah perangai tu x sopan x berguna jugak. So jangan jadikan tempat perkenalan sebagai alasan. Sekiranya nak berkawan biarlah niat tu betul dan iklas. Bukan berkawan untuk mengambil kesempatan.
- Ada yang kata perempuan nie terlalu sensitif. Cepat sentap dan sebagainya. Pada saya tak kisah sama ada lelaki ataupun wanita mereka ada sensitiviti mereka sendiri. Cuma mereka tunjuk ataupun tidak. Kalau kita tahu menghormati sesebuah perhubungan dan kita tahu dimana apa yang patut dan tidak patut kita lakukan mesti perkara ini tak akan timbul.
- Its not about wanita perlu belajar mengenai lelaki atau lelaki perlu belajar mengenai wanita. Sebenarnya kalau nak suruh belajar pasal tu sampai bila pun kita berubah rubah. Tetapi kita mungkin boleh belajar untuk menangani bagai mana untuk mengawal sesuatu situasi dengan cara berdiplomasi.
Kadang-kadang semakin maju sesebuah zaman tapi makin ramai manusia yang cetek akal. Seharusnya ilmu, dan kemudahan yang ada kita gunakan untuk membangunkan sesebuah negara. Tapi sesetengah pihak dengan bangga menggunakannya kejalan yang salah.
Tidak kisah lelaki ataupun wanita. Mungkin ada diantara anda semua pernah mengalami masalah yang sama. Bukan nak backing sesiapa tetapi sesiapa yang yang makan cili dia yang terasa pedasnya. Iklasnya saya harap pada Saudara/saudari yang suka buat kerja-kerja macam nie fikirkanlah masa depan. Gunakanlah akal dan fikiran yang diberikan oleh Tuhan sewajarnya. Menafaatkanlah ilmu yang dipelajari dan hargai penat lelah ibu bapa dan cikgu yang mendidik kita. Belajar untuk menghotmati dan memahami sekiranya kita mahu difahami dan dihormati.
Terima kasih kepada komen-komen yang membina. Yang Baik Datang dari Allah dan yang buruk adalah kelemahan saya dan akan saya perbaiki. Fikir2kan lah. Jaga diri dan Salam sayang untuk semua sahabat saya.