Tuesday, June 29, 2010

Buat ayah tersayang....

Hari nie kakak rindu dekat ayah sangat-sangat. Kalau boleh kakak nak ada dengan ayah dan mama setiap hari. Tapi apa daya family kita dah tak macam dulu. Nak jumpa ayah pun terpaksa sorok-sorok. Kakak tak tahu kenapa macam nie akhirnya family kita. Kakak sayang dua-dua. Kalau boleh kakak kerat badan nie kakak dah lama kerat supaya kaka boleh jaga dua-dua. Kakak boleh senangkan hati dua-dua. Tapi saat ini kakak tak mampu nak buat semua nie. Kakak rasa macam kakak dah kalah. Kakak dah tak mampu nak buat apa lagi. Kakak dah tak tahu nak mengalah macam mana lagi. Dua-dua pun kakak sayang. Kalau boleh kakak nak senangkan hati semua orang.
Kakak ingat lagi masa kita duduk dekat sungai buluh dulu. Masa tu pertama kali kakak masak untuk ayah. Kakak goreng ikan. Tapi masa tu kakak lupa bubuh kunyit dengan garam dekat ikan tu. Ikan tu pulak baru keluar peti ais. Memang keras. Bila masak ikan tu dh jadi macam kayu keras. Tapi ayah tetap makan jugak sampai habis.
Masa kakak sekolah menengah kakak selalu sakit. waaupun ayah sibuk kerja tapi ayah ada jenguk tangok kakak dalam bilik. lapkan badan kakak. Ayah sanggup bawa kakak pergi berubat sampai jauh. sampai balik terpaksa naik bas sebab keta rosak.
Ayah,
percayalah walaupun keluarga kita dah berpecah tapi kakak tetap sayang dekat ayah. kakak akan tetap buat ayah bahagia. kakak akan cuba untuk gembirakan ayah dan bagi kesenangan dekat ayah. Kakak tak mampu nak ucapkan dekat ayah kakak sayu sangat. Tapi tiap tiap tahun kakak tak pernah lupakan hari ini. Selamat Hari Bapa. walaupun kakak tahu kakak masih tak mampu nak penuhi permintaan semua orang tapi kakak janji kakak akan bahagia dan tolong ayah lepas nie. tak kira ayah ada kat mana kakak tetap sayang ayah sampai bila-bila.

Sunday, June 27, 2010

Lapar nasi......

Hari ini aku sangat lapar. dengan tido yang tak mencukupi sebab hari ini sangat sejuk( pelikkan sejuk pun tak boleh tido dengan aman.)bising dan sebagainyalah. Bangun pulak lambat. Bangun tadi terus mandi. bila dah jalan kaki dekat train baru je terperasan mama tak balik umah lagi. Mana mama pegi nie. Biasanya kalau mama keje pagi dia akan ketuk pintu bila dah sampai timenya untuk aku pi kerja. Bila dah keadaan macam nie baru tau langit tu tinggi ke rendah. ha ha ha. Macam mana la kalau besok-besok duduk jauh daripada mama kan.


Sekarang nie tertiba je rasa nak makan nasi walaupun aku bukannya jenis yang makan nasi sangat. Kalau dapat nasi panas dengan telur goreng pun sedap nie janji mama yang masak.(mama lagikan). Kalau ada dekat rumah tu asyik nak bertekak je kami dua beranak nie.

Inilah nasi yang menjadi idaman aku sekarang nie hu hu hu.... sangat lapar....

Thursday, June 24, 2010

Aku Dan Tunehotels.com

Sedar tak sedar rasanya dh hampir 3 bulan aku berkerja kat sini. banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang aku berada kat sini. Macam mana nak berdepan dengan dengan guest. macam mana nak hilangkan nervous aku yang melampau masa jumpa guest dan macam mana nak motivate diri aku bila terasa aku down sangat masa dekat counter. Dah lama aku tinggalkan customer service counter skang nie bila aku mula balik aku rasa cam janggal je. padahal bukan tak pernah pun masa kerja watson and best denki dulu.

Banyak pengalaman kelakar yang aku nak kongsi dengan korang sebenarnya tapi disebabkan mengantuk aku tahap cipan la nie so nenanti la aku type lagi ye. bubye

Monday, May 10, 2010

I,M not Longger with renaissance KL.

Wargh.... dah banyak kali aku menguap walaupun baru 1 jam start keje. Nak kata boring x de la pulak nak kata busy pun x jugak tapi x tau le kenapa. Tido cukup je ari nie malah terlebih tido la pulak. Sebelum terlambat aku nak wish HAPPY MOTHERS DAY Dekat My lovely mama Puan Noor Julia Bt Hj Omar. I love you very much. Even selalu aku dengan mama tak pernah sebulu tapi aku tetap sayang kat dia.

Dah lama giler aku tak update blog aku nie. satu sebab tak ada masa. Yang keduanya aku sangat busy dengan training dekat tempat baru. And Yang paling penting aku dah tutup Broadband M**** aku tu sebab terlalu le lembab. so aku rasa tak berbaloi langsung aku menggunakan perkhimatan tersebut. InsyaAllah lepas hari nie aku akan cuba update blog aku nie. Gambar-gambar nanti la kau update ye. x de masa.

Bercerita pasal baru aku dh pun bertukar kerje. Dah sebulan la aku ditempat keje baru. So far seronok jugak la aku kat sini. kengkawan semua pun ok. Sentiasa membantu semua tak kedekut ilmu. So tu yang aku tak ada masa nak update blog aku nie.

So kepada sesiapa yang membaca nie aku nak beri tahu sekali lagi yang I,m No longger with Renaissance KL. So kalau anda nak pape citer, pasal room or pape promotion aku dh tahu ye. bukan ape penat nak menjawabnya. so kalau pape boleh direct call Renaissance KL htl ye. so sampai disini. nak buat kerje nanti aku update korang lagi citer2 terbaru aku k. Adios...

Wednesday, January 27, 2010

Perkenalan yang menyakitkan hati...

Saya terpanggil untuk membuat sedikit ulasan dengan tulisan saya “Perkenalan yang menyakitkan hati.” Banyak sangat komen yang saya dapat untuk tulisan nie. First of all thanks a lot for all the comment. Yang baik saya jadikan teladan yang baik saya jadikan sempadan. Saya nak berikan kongsikan sedikit pendapat saya bersama teman-teman yang memberikan pendapat.

  • Ada yang kata begitula adatnya sekiranya kita berkenalan kat sosial networking. Kena terima la kalau dapat “teman” yang seperti itu. Saya rasa ini adalah masalah atitude seseorang. Tak kira kat mana kita berkenalan kalau pemikiran tu tak matang berfikir tidak menggunakan akal pun sama juga. Kalau berkenalan kat masjid pun kalau dah perangai tu x sopan x berguna jugak. So jangan jadikan tempat perkenalan sebagai alasan. Sekiranya nak berkawan biarlah niat tu betul dan iklas. Bukan berkawan untuk mengambil kesempatan.
  • Ada yang kata perempuan nie terlalu sensitif. Cepat sentap dan sebagainya. Pada saya tak kisah sama ada lelaki ataupun wanita mereka ada sensitiviti mereka sendiri. Cuma mereka tunjuk ataupun tidak. Kalau kita tahu menghormati sesebuah perhubungan dan kita tahu dimana apa yang patut dan tidak patut kita lakukan mesti perkara ini tak akan timbul.
  • Its not about wanita perlu belajar mengenai lelaki atau lelaki perlu belajar mengenai wanita. Sebenarnya kalau nak suruh belajar pasal tu sampai bila pun kita berubah rubah. Tetapi kita mungkin boleh belajar untuk menangani bagai mana untuk mengawal sesuatu situasi dengan cara berdiplomasi.

Kadang-kadang semakin maju sesebuah zaman tapi makin ramai manusia yang cetek akal. Seharusnya ilmu, dan kemudahan yang ada kita gunakan untuk membangunkan sesebuah negara. Tapi sesetengah pihak dengan bangga menggunakannya kejalan yang salah.

Tidak kisah lelaki ataupun wanita. Mungkin ada diantara anda semua pernah mengalami masalah yang sama. Bukan nak backing sesiapa tetapi sesiapa yang yang makan cili dia yang terasa pedasnya. Iklasnya saya harap pada Saudara/saudari yang suka buat kerja-kerja macam nie fikirkanlah masa depan. Gunakanlah akal dan fikiran yang diberikan oleh Tuhan sewajarnya. Menafaatkanlah ilmu yang dipelajari dan hargai penat lelah ibu bapa dan cikgu yang mendidik kita. Belajar untuk menghotmati dan memahami sekiranya kita mahu difahami dan dihormati.

Terima kasih kepada komen-komen yang membina. Yang Baik Datang dari Allah dan yang buruk adalah kelemahan saya dan akan saya perbaiki. Fikir2kan lah. Jaga diri dan Salam sayang untuk semua sahabat saya.

Sunday, December 27, 2009

Sakitnya Hati......

Hari ini hari menyakitkan hati aku. dah la menunggu seseorang tu mengangkat telefon cm pe je. nak pecah aku rasa handphone aku nie call dia tapi tak angkat- angkat pun. Hish bengang giler. Bagi jemputan suruh datang, tapi bila nak datang camnie pulak. Walaupun aku lambat tapi bersusah payah aku bangun nak datang jugak. Dah la aku keje malam pastu kena masuk pukul 9. Tension giler. Lain kali campak je handphone tu dalam lombong. Kalau tak nak pick up call. menyakitkan hati je.

HMMMM

Banyak yang aku nak cerita. macam macam benda yang menarik yang berlaku sepanjang hidup aku. Genab sebulan aku menjalani kehidupan diumur yang baru. Tapi aku tak taku nak mula bercerita dari mana. Andai blog ini boleh diupdate dengan hanya berfikir dan berkata alangkah baiknya.

Nanti la bila aku ada masa nanti aku update lagi. sekarang nie aku tengah confius sesangat.