Tuesday, November 16, 2010
Selamat Hari Raya Aidil Adha....
Cam tak caya jer esok dah nak raya haji dah. Cepatnyer rasa. cam baru semalam celebrate raya puasa. Tapi tak kemana pun. Rasanyer sambut dekat KL jer.. Tapi tak tau lah kalau mama nak balik kampung nanti. Makin lama makin rasa rindu sgt dekat ayah. tah macam mana lar keadaan ayah sekarang nie.
Bila hari hari camnie rasa sayu pulak. kalau lah boleh dapat sambut hari raya sekali sama2 semua. seronok sangat. takda la rasa cmnie. dah lama tak rasa nikmat raya yang sebenarnyer. bila agknyer perkara dan pengalaman dulu berulang kembali.
Sebenarnyer Saya nk ucapkan selamat hari raya kepada semua kengkawan dan blogger kat luar tu. Walaupun kita menyambut penuh gembira ingatlah insan yang tidak bernasib baik diluar sana.
K lar.. tetiba ayat skema plak ari nie. nak layan jiwang jap.. rindu plk dekat insan2 yang tersayang tu....
Wednesday, July 7, 2010
pulut Mangga......

Selepas berjaya mendapatkan ice cream tersebut aku pun dengan senyuman menolak trolly ke counter. Bila nan balik je masa tangah tunggu mama aku pergi membeli keke happy aniverserynya aku pun merayap la keluar.. biasa la tesco tiap2 bulan mesti ada expo thailand tu.. so pucuk dicita ulam pun medatang kan coz dh bape lama aku tercari cari antara makan faberet aku iaitu pulut mangga..kalau dapat pulut durian lagi arr layan sedap siot ha ha ha... so ini la yang berjaya aku rembat setelah balik dari tesco ari tu he he he
Tuesday, June 29, 2010
Buat ayah tersayang....
Kakak ingat lagi masa kita duduk dekat sungai buluh dulu. Masa tu pertama kali kakak masak untuk ayah. Kakak goreng ikan. Tapi masa tu kakak lupa bubuh kunyit dengan garam dekat ikan tu. Ikan tu pulak baru keluar peti ais. Memang keras. Bila masak ikan tu dh jadi macam kayu keras. Tapi ayah tetap makan jugak sampai habis.
Masa kakak sekolah menengah kakak selalu sakit. waaupun ayah sibuk kerja tapi ayah ada jenguk tangok kakak dalam bilik. lapkan badan kakak. Ayah sanggup bawa kakak pergi berubat sampai jauh. sampai balik terpaksa naik bas sebab keta rosak.
Ayah,
percayalah walaupun keluarga kita dah berpecah tapi kakak tetap sayang dekat ayah. kakak akan tetap buat ayah bahagia. kakak akan cuba untuk gembirakan ayah dan bagi kesenangan dekat ayah. Kakak tak mampu nak ucapkan dekat ayah kakak sayu sangat. Tapi tiap tiap tahun kakak tak pernah lupakan hari ini. Selamat Hari Bapa. walaupun kakak tahu kakak masih tak mampu nak penuhi permintaan semua orang tapi kakak janji kakak akan bahagia dan tolong ayah lepas nie. tak kira ayah ada kat mana kakak tetap sayang ayah sampai bila-bila.
Sunday, June 27, 2010
Lapar nasi......
Sekarang nie tertiba je rasa nak makan nasi walaupun aku bukannya jenis yang makan nasi sangat. Kalau dapat nasi panas dengan telur goreng pun sedap nie janji mama yang masak.(mama lagikan). Kalau ada dekat rumah tu asyik nak bertekak je kami dua beranak nie.

Inilah nasi yang menjadi idaman aku sekarang nie hu hu hu.... sangat lapar....
Thursday, June 24, 2010
Aku Dan Tunehotels.com

Banyak pengalaman kelakar yang aku nak kongsi dengan korang sebenarnya tapi disebabkan mengantuk aku tahap cipan la nie so nenanti la aku type lagi ye. bubye
Monday, May 10, 2010
I,M not Longger with renaissance KL.
Dah lama giler aku tak update blog aku nie. satu sebab tak ada masa. Yang keduanya aku sangat busy dengan training dekat tempat baru. And Yang paling penting aku dah tutup Broadband M**** aku tu sebab terlalu le lembab. so aku rasa tak berbaloi langsung aku menggunakan perkhimatan tersebut. InsyaAllah lepas hari nie aku akan cuba update blog aku nie. Gambar-gambar nanti la kau update ye. x de masa.
Bercerita pasal baru aku dh pun bertukar kerje. Dah sebulan la aku ditempat keje baru. So far seronok jugak la aku kat sini. kengkawan semua pun ok. Sentiasa membantu semua tak kedekut ilmu. So tu yang aku tak ada masa nak update blog aku nie.
So kepada sesiapa yang membaca nie aku nak beri tahu sekali lagi yang I,m No longger with Renaissance KL. So kalau anda nak pape citer, pasal room or pape promotion aku dh tahu ye. bukan ape penat nak menjawabnya. so kalau pape boleh direct call Renaissance KL htl ye. so sampai disini. nak buat kerje nanti aku update korang lagi citer2 terbaru aku k. Adios...
Wednesday, January 27, 2010
Perkenalan yang menyakitkan hati...
Saya terpanggil untuk membuat sedikit ulasan dengan tulisan saya “Perkenalan yang menyakitkan hati.” Banyak sangat komen yang saya dapat untuk tulisan nie. First of all thanks a lot for all the comment. Yang baik saya jadikan teladan yang baik saya jadikan sempadan. Saya nak berikan kongsikan sedikit pendapat saya bersama teman-teman yang memberikan pendapat.
- Ada yang kata begitula adatnya sekiranya kita berkenalan kat sosial networking. Kena terima la kalau dapat “teman” yang seperti itu. Saya rasa ini adalah masalah atitude seseorang. Tak kira kat mana kita berkenalan kalau pemikiran tu tak matang berfikir tidak menggunakan akal pun sama juga. Kalau berkenalan kat masjid pun kalau dah perangai tu x sopan x berguna jugak. So jangan jadikan tempat perkenalan sebagai alasan. Sekiranya nak berkawan biarlah niat tu betul dan iklas. Bukan berkawan untuk mengambil kesempatan.
- Ada yang kata perempuan nie terlalu sensitif. Cepat sentap dan sebagainya. Pada saya tak kisah sama ada lelaki ataupun wanita mereka ada sensitiviti mereka sendiri. Cuma mereka tunjuk ataupun tidak. Kalau kita tahu menghormati sesebuah perhubungan dan kita tahu dimana apa yang patut dan tidak patut kita lakukan mesti perkara ini tak akan timbul.
- Its not about wanita perlu belajar mengenai lelaki atau lelaki perlu belajar mengenai wanita. Sebenarnya kalau nak suruh belajar pasal tu sampai bila pun kita berubah rubah. Tetapi kita mungkin boleh belajar untuk menangani bagai mana untuk mengawal sesuatu situasi dengan cara berdiplomasi.
Kadang-kadang semakin maju sesebuah zaman tapi makin ramai manusia yang cetek akal. Seharusnya ilmu, dan kemudahan yang ada kita gunakan untuk membangunkan sesebuah negara. Tapi sesetengah pihak dengan bangga menggunakannya kejalan yang salah.
Tidak kisah lelaki ataupun wanita. Mungkin ada diantara anda semua pernah mengalami masalah yang sama. Bukan nak backing sesiapa tetapi sesiapa yang yang makan cili dia yang terasa pedasnya. Iklasnya saya harap pada Saudara/saudari yang suka buat kerja-kerja macam nie fikirkanlah masa depan. Gunakanlah akal dan fikiran yang diberikan oleh Tuhan sewajarnya. Menafaatkanlah ilmu yang dipelajari dan hargai penat lelah ibu bapa dan cikgu yang mendidik kita. Belajar untuk menghotmati dan memahami sekiranya kita mahu difahami dan dihormati.
Terima kasih kepada komen-komen yang membina. Yang Baik Datang dari Allah dan yang buruk adalah kelemahan saya dan akan saya perbaiki. Fikir2kan lah. Jaga diri dan Salam sayang untuk semua sahabat saya.