Wednesday, November 17, 2010

Hati Oh Hati

Assalamualaikum and Salam Sejahtera to all my friends all blogger.

   First of all Is nak ucapkan Selamat HAri Raya Aidil Adha kepada semua family kengkawan readers. Rasa macam kejap je kan dah Menjelang Hari Raya Haji. Tengok kengkawan datang kerja masa hari raya ari tadi rasa macam baru lepas sambut hari raya puasa. To all yang sambut hari nie ( especially orang yg bercuti lar) jaga makan minum anda yer. Biasa lar negara kita nie kan meriah dengan makanan terutama menjelang hari raya nie. So jangan sampai salah makan sudah yer. tak pasal-pasal nanti extend cuti sebab dapat sakt pulak. Apatah lagi cuaca kat negara kita yang tak menentu nie.

      He he he sorry panjang pulak mukadimahnyer hari ini. Sebenarnya hati rasa tak sedap sikit. Bukan bimbang perkara buruk yang berlaku tapi ada sesuatu perkara yang berlegar dalam kepala otak nie. Hasil dari conversation dengan kawan pagi tadi tiba-tiba terkeluar satu soalan cepuh emas. "are u really ready to have family now? Are sure with with your own feelings.??? Hah. Terkedu kejap bila dengar soalan dia. Dia tak bermaksud lar nak masuk campur dalam relationship tapi dia kata sekadar bertanya. Dia kata nak Is buat satu keputusan yang betul dan tak nak is menyesal dikemudian hari.

     Sepanjang masa berkerja dari pukul 5 tadi masa dapat soalan cepuh emas tadi sampai lah sekarang masih berfikir lagi adakah keputusan yang diambil nie tepat ke tidak. Bukan sebab tak percaya kat buah hati tapi macam tak percaya pada diri sendiri mampu ke nak pikul tanggungjawab dalam melayari ikatan perkahwinan. Apatah lagi memikirkan kekurangan pada diri nie. Mampukah aku nak bahagiakan dia. hmmm Is sendiri pun tak tahu la macam mana. Tak tau nak kata aper. rasa macam diri nie tak layak untuk digandingkan dengan sidia.

      Entahlah. Dah la is nie jenis yang susah nak berterus terang. Jenis yang tak reti nak bagi ekspresi muka. tak reti nak share feeling dengan orang. Biasanyer kalau marah ke sedih ke terasa, sakit hati bengang semuanyer simpan sendiri diam jer pendam dalam hati apatah lagi kalau perkara tu datang dari famili atau org2 yang disayangi. Tah lah. Is pun tak tahu nak cakap macam mana. BUkan tak sayang memang sayang sangat. terlampau sayang. tapi is redha jer kalau aper yang berlaku lepas nie. Is tak reti nak bergaduh pasal benda2 macam nie. Bagi is kalau itu yang buatkan dia bahagia is x kisah kalau diri is nie terluka teraniaya and etc... banyak sangat arr penat laks nk menyebut semuanya. Kalau dia bahagia is sepuluh kali lebih bahagia walaupun kebahagian itu mungkin bukan ketika dia bersama is.

     Is selalu berdoa agar Allah jauhkan dia dari segala musibah. berikan dia kesenangan. Hish... naper arr dorang perpagi nie suka sangat bagi soalan cepuh mas nie kat is....

 .

Tuesday, November 16, 2010

M.I.A @missing in action

     Kenapa lah susah sgt nak cari seseorang bila kita memerlukan diorang. Diorang nie tak tahu ker bertapa kita risau takut ape2 terjadi. tak kisah la orang nak kemana pun tapi at least inform la. takde la kami risaukan awak kat sini. nie sampai susah sangat mencari jejak bertapak. adoi hai.. Nie la dianye bebudak zaman sekarang. di tegur kang lari arr buat tunjuk perasaan lar.Kalau tak ditegur macam nie lah jadinye.

mulut berkata hati bercerita......: Selamat Hari Raya Aidil Adha....

mulut berkata hati bercerita......: Selamat Hari Raya Aidil Adha....

Selamat Hari Raya Aidil Adha....

Assalammualaikum and salam sejahtera...

Cam tak caya jer esok dah nak raya haji dah. Cepatnyer rasa. cam baru semalam celebrate raya puasa. Tapi tak kemana pun. Rasanyer sambut dekat KL jer.. Tapi tak tau lah kalau mama nak balik kampung nanti. Makin lama makin rasa rindu sgt dekat ayah. tah macam mana lar keadaan ayah sekarang nie.

Bila hari hari camnie rasa sayu pulak. kalau lah boleh dapat sambut hari raya sekali sama2 semua. seronok sangat. takda la rasa cmnie. dah lama tak rasa nikmat raya yang sebenarnyer. bila agknyer perkara dan pengalaman dulu berulang kembali.

Sebenarnyer Saya nk ucapkan selamat hari raya kepada semua kengkawan dan blogger kat luar tu. Walaupun kita menyambut penuh gembira ingatlah insan yang tidak bernasib baik diluar sana.

K lar.. tetiba ayat skema plak ari nie. nak layan jiwang jap.. rindu plk dekat insan2 yang tersayang tu....

Wednesday, July 7, 2010

pulut Mangga......

dua hari lepas aku dengan mama and Adah pi tesco memberi barang keperluan dapur. takde la banyak sangat barang yang kami shopping memandangkan poket aku nie masih lagi tidak stabil. Jadi aku hanya mampu memandang dikejauhhan sahaja dan jadi tukang tolak trolly kt tesco tu. Tiba-tiba aku terpandang Ice Cream faberet aku kalau tak papermint choco chip yang mama aku tak bape nak suka tu. Selepas buat muka kasihan ala anak terbuang aku berjaya mendapatkan icecream tu balaupun adah dah ambik ice cream lain.





Selepas berjaya mendapatkan ice cream tersebut aku pun dengan senyuman menolak trolly ke counter. Bila nan balik je masa tangah tunggu mama aku pergi membeli keke happy aniverserynya aku pun merayap la keluar.. biasa la tesco tiap2 bulan mesti ada expo thailand tu.. so pucuk dicita ulam pun medatang kan coz dh bape lama aku tercari cari antara makan faberet aku iaitu pulut mangga..kalau dapat pulut durian lagi arr layan sedap siot ha ha ha... so ini la yang berjaya aku rembat setelah balik dari tesco ari tu he he he

Tuesday, June 29, 2010

Buat ayah tersayang....

Hari nie kakak rindu dekat ayah sangat-sangat. Kalau boleh kakak nak ada dengan ayah dan mama setiap hari. Tapi apa daya family kita dah tak macam dulu. Nak jumpa ayah pun terpaksa sorok-sorok. Kakak tak tahu kenapa macam nie akhirnya family kita. Kakak sayang dua-dua. Kalau boleh kakak kerat badan nie kakak dah lama kerat supaya kaka boleh jaga dua-dua. Kakak boleh senangkan hati dua-dua. Tapi saat ini kakak tak mampu nak buat semua nie. Kakak rasa macam kakak dah kalah. Kakak dah tak mampu nak buat apa lagi. Kakak dah tak tahu nak mengalah macam mana lagi. Dua-dua pun kakak sayang. Kalau boleh kakak nak senangkan hati semua orang.
Kakak ingat lagi masa kita duduk dekat sungai buluh dulu. Masa tu pertama kali kakak masak untuk ayah. Kakak goreng ikan. Tapi masa tu kakak lupa bubuh kunyit dengan garam dekat ikan tu. Ikan tu pulak baru keluar peti ais. Memang keras. Bila masak ikan tu dh jadi macam kayu keras. Tapi ayah tetap makan jugak sampai habis.
Masa kakak sekolah menengah kakak selalu sakit. waaupun ayah sibuk kerja tapi ayah ada jenguk tangok kakak dalam bilik. lapkan badan kakak. Ayah sanggup bawa kakak pergi berubat sampai jauh. sampai balik terpaksa naik bas sebab keta rosak.
Ayah,
percayalah walaupun keluarga kita dah berpecah tapi kakak tetap sayang dekat ayah. kakak akan tetap buat ayah bahagia. kakak akan cuba untuk gembirakan ayah dan bagi kesenangan dekat ayah. Kakak tak mampu nak ucapkan dekat ayah kakak sayu sangat. Tapi tiap tiap tahun kakak tak pernah lupakan hari ini. Selamat Hari Bapa. walaupun kakak tahu kakak masih tak mampu nak penuhi permintaan semua orang tapi kakak janji kakak akan bahagia dan tolong ayah lepas nie. tak kira ayah ada kat mana kakak tetap sayang ayah sampai bila-bila.

Sunday, June 27, 2010

Lapar nasi......

Hari ini aku sangat lapar. dengan tido yang tak mencukupi sebab hari ini sangat sejuk( pelikkan sejuk pun tak boleh tido dengan aman.)bising dan sebagainyalah. Bangun pulak lambat. Bangun tadi terus mandi. bila dah jalan kaki dekat train baru je terperasan mama tak balik umah lagi. Mana mama pegi nie. Biasanya kalau mama keje pagi dia akan ketuk pintu bila dah sampai timenya untuk aku pi kerja. Bila dah keadaan macam nie baru tau langit tu tinggi ke rendah. ha ha ha. Macam mana la kalau besok-besok duduk jauh daripada mama kan.


Sekarang nie tertiba je rasa nak makan nasi walaupun aku bukannya jenis yang makan nasi sangat. Kalau dapat nasi panas dengan telur goreng pun sedap nie janji mama yang masak.(mama lagikan). Kalau ada dekat rumah tu asyik nak bertekak je kami dua beranak nie.

Inilah nasi yang menjadi idaman aku sekarang nie hu hu hu.... sangat lapar....