Wednesday, January 26, 2011

cerita awal 2011

          Morning everybody. Hows your first January 2011. Is macam biasa jer x de aper beza pun. Pepagi lagi dah terjaga. sedangkan baru jer tido kul 5am tadi. La nie even try nak lelap balik dah x buleh so gagahkan diri yang tetiba demam nie sebab bangun terkejut kot (ada ker orang demam cm tu) ha ha ha suka lar badan aku.

         Seawal pagi tadi breakfast Sebiji besar buah jambu batu. Baik tuk perhadamam tu. Tapi tu Doctor la yang kata tau bukan is yang kata so is ikut jer lar. Tapi yang sebenarnya x de benda nak makan kat rumah nie tu la sebabnyer. Nak cerita pasal permulaan Tahun baru nie is pun tak tahu nak cerita macam mana coz rasanya permulaannya pun dah menyakitkan. Tadi jatuh kat bilik air tah kenapa tah tetiba hilang daya imbangan badan, (peh bahasa melayuku mesti Cikgu ku bangga)Sakit giler pinggang nie. Adoi Ai. Nak berjalan balik ker bilik sangatlar sakit. Nak berdiri pun susah terpaksa la merangkak. Hadoi dh macam comodo tgh padang pasir jer nasib baik dekat rumah aku sendiri.

       Tapi hilang juga sakitku ini setelah Buah hatiku En HAQIEM call seawal pagi wish morning n love .. he he he. Jangan jelous lar. Kalau nak minta lar dengan BF korang. Mana leh Share2 benda nie. time tgh happy camnie lar.. sok2 kalau time gaduh x tau la cmner..

  *sebenarnya entri ini ditulis pada malam 2 january 2011 tapi entah kenapa entri nie tak keluar. sangat pelik dan confius*

Monday, January 24, 2011

A type Of Friends.

          Hye.. Sepatutnya posted nie dah lama dah ada dekat blog.tapi tah lar rasa macam susah sangat nak habiskan benda nie.tak tahu nak mulakan daripada mana. Sebabnya takut bila cakap pasal orang nie orang tu kecik hati. Tapi kalau kita tak cakap pasal dia kita pulak yang makan hati. Sendiri yang sakit sendiri yang sengsara. Hu hu hu. Sebabnya semakin aku cuba lupakan diri dia semakin aku inga kat dia semakin dia sakitkan hati aku

           Ada pulak yang sorang nie. Aku memang sangat senang bila berkawan dengan dia. Seronok dapat sembang dengan dia. Mungkin lar dulu pernah terada hati dekat dia. Lepas tu dia MIA (missing in Action). Mesej tak reply. Call tak angkat. Memang rasa kecewa sesangat. Saat-saat aku dah ada kekuatan untuk kembali gembira selepas 7 bulan baru dia muncul. Memang tak duga betul kemunculan dia. Suddenly dia datang. Terkejut sanga. memang banyak perubahan dekat dia. Kenangan lama teringat. (he he he apasal suddenly ko jiwang nie is) Tapi mungkin disebabkan sakit hati kerana ditinggalkan tanpa sebab. to whom that know kalau awak follow blog saya dalam diam, kalau awak baca posted nie saya nak awak tahu yang sekarang nie saya memang tengah marah dekat awak sesangat. Saya tau awak seorang yang kuat bekerja. Tapi takkan susah sangat nak luangkan masa untuk saya. Saya tak pernah mintak lebih dari awak. Apa yang awak janji dengan saya.

            Saya masih ingat janji awak dengan jelas. Awak berjanji untuk berada disamping saya dlm aper keadaan saya sekalipun tak kisah bila masa pun awak janji akan angkat call sya, balas Mesej saya. Bawa saya kemana saja nak. Tapi saya tak pernah mintak lebih pun. Saya cuma nak awak dengar luahan hati saya. kebosanan saya. Tapi bila saya perlukan awak mana awak. Boleh tak awak jangan sakitkan hati saya lagi macam orang lain buat dekat saya. Boleh tak awak jangan berjanji kalau awak tahu awak memang tak boleh tepati janji awak.

          Sekurang kurangnya saya tak perlu sakit hati bila awak buat cmnie lagi dekat saya sebab saya tahu awak memang macam tu. Tapi saya sendiri pun bodoh jugak kan. Sebabnya dah banyak kali awak buat saya macam nie tapi saya still lagi nak cari awak kan. Walaupun saya sendiri tahu ape kesudahan cerita nie.

         Awak jer yang boleh bagitau dekat saya harus saya tunggu awak atau cuba lupakan awak dari segala kotak pemikiran saya even sebagai seorang sahabat. So awak rasa apa yang harus saya buat sekarang.

telephone oh telephone

Morning to All.

        Lama x tulis blog nie. sibuk sangat dengan keje. sometimes bila ada idea dh tulis separuh. ngantuk pulak. penyudahnya posted tu tersimpan lar dekat draf punya lamanya. Bila nak edit balik dah rasa malas la pulak.


         Hari nie rasa geram sangat. Tapi Saya bukan nak cerita aper yang saya geram kat sini. Saya tertanya Adakah semua orang sama, atau sesetengah orang saja yang macam nie. Kadang-kadang tak faham dengan sesetengah orang nie. Masa mula-mula berkawan kemain lagi. Mesej lar call lar. Mesei tu dalam sehari rasanya inbox tu penuh dengan mesej dia jer. lebih 5 kali sehari. Solat pun tah ukup tah tidak lima kali. Bila nak cucuk jarum mengayat orang. Call berdering bergayut tak hingat nie. sampai cramp-cramp tangan nie bergayut. Kul baper pun takpe x de merungut pun. Bila dah bergayut tu memang rasa kenyang sentiasa. senyum sepanjang masa. orang marah pun senyum.buat aper pun senyum.

              Bila dah confirm couple sikit demi sedikit perkara tersebut mula berkurangan. almaklumlah dah confirm jadi BF/GF mean to be. call tu dah tukar jadi 2 kali sehari jer. Sekali masa nak kejup bangun tido (kepada sesiapa yang mempraktikkannyer termasuk aku lar kengkadang) sekali nak wish gud nite. Bila question bg alasan kredit x de lar, nanti tak boleh nak msg lagi. Lupa nak top up lar. Baru lepas call mak ayah kat kampung lar. Or alasan yang paling selamat sekali Sorry yang Bateri abis lar. tak sempat nak charge lagi. Sok kalau dah tunang agaknya lg kurang lar jumlah msg dengan call dia tu.
Sok2 kalau dah kawin agaknya nombor phone bini pun dia tak ingat.

          Susah sangat ker nak jawab call. Susah sangat ker nak balas msg. Hmmm tah lar malas nak pikir lagi busan plak. Makin di pikir makin marah pulak rasanya. kalau rasa susah sangat nak buat sema benda tu baik tak payah pakai handphone. Campak jer dekat laut buat tukun. rasanya kalau dah jadi tukun ikan pun tak mau nak main dalam tu.

Friday, January 14, 2011

What a Life........

Assalammualaikum and Salam sejahtera,


                 Dah bape hari tak update blog nie rasa rindu pulak. Biasa lar keje malam minggu nie takde masa nak updated. Biasa lar kalau keje malam tido bukan main lama pun tetap rasa mengantuk bila start keje. Biasa lar tido siang and malam bukan sama pun. Malam kalau dapat tidor kejap pun at least fresh juga la bila bangun. Tapi kalau tido siang tu dari balik rumah sampai lah bangun sesiap nak pi keje tetap rasa mengantuk. Kengkadang tu baru masuk keje pun dah menguap dah. Minggu nie pun dah masuk keje pagi masih lagi tak sempat nak siapkan posts nie walaupun dah seminggu dekat dalam draft.

      Ini lar dia kemalasan telah melanda dalam diri. apatah lagi keadaan diri yang tak berapa sihat 2-3 minggu nie. Alhamdulillah dah semakin pulih setelah balik kampung berubat. Seronok sangat balik kampung ari tu. terasai dimanjai sesangat. Nak makan aper order jer Ibu tolong masakkan. Ayah tolong picitkan kepala sebab demam. Satu benda yang dah lama tak pernah dapat since Is kuar mencari rezeki bertapak sendiri. Rindu sangat suasana itu. Suasana bila ayah dan mama bersama. Walaupun kami tak sesenang mana aku gembira. Aku gembira sebab aku ada ayah dan mama.

        Kesian dekat adik aku. Kerana dia tak dapat melalui keindahan itu. Dia terpaksa bersaing untuk mendapatkan kasih sayang dari keluarga. Aku tahu dia banyak memendam perasaan. Kesian dekat dia. Aku pun tak sabar nak tunggu dia habis belajar. Dia start kerja. Biar dia boleh buat keputusan sendiri. Tanpa di kongkong oleh sesiapa. Adikku Puteri Nor Ellyza binti Mahamad Raship.. bersabar ye sayang masa mu akan sampai jugak akhirnya. Do Your best. Its not for us but is for you.

Friday, January 7, 2011

Saya Menang Motor

Salam everybody.....

Lama tak jumpa ek. Almaklumlah bercuti. Nanti Is citer pasal cuti Is tu yek. Kerana ari nie is nak citer pasal Satu benda yang mengembirakan. Is dah ada Motor. walaupun Moto tu jenama buatan Malaysia at least ada juga lar transport Is nak pi keje balik keje. Nanti kalau dah start blajar pun Senang lar ada motor tu ulang alik pi kelas.

Takda la r susahkan mama lagi cian dia nak bagun tgh2 malam ambik is balik keje. Kalau shift sama takpe lar. Nie Shift tak sama. Lagipun lepas nie nak pindah ampang. Kat sana pengangkutan Awam nie ada bas sahaja. Lrt x de. So agak susah lar sikit.

InsyaAllah.. Kalau x de aral melintang ari Isnin nie ambik motor sebab Roadtax Motor tak siap lagi. Takpe lar. Is x kisah janji ada motor. Thanks a lot Mama...

Monday, January 3, 2011

Hari Ini Hari Isnin.

         Hari Ini Hari isnin. Hari ini Is keje Pagi sampai malam. Agak rabak mata nie sebabnye semalam cam tak cukup tido. Sebabnyer semalam pi makan dekat Williams. Dengan Ctah and Her BF. Thanks Ctah sebab tercapai jugak impian nak makan dekat Williams kt Kelana Jaya. Is Makan Chicken Chop and water melon Juice.


Lebihkurang cmnie la chicken chop yang Is. Tapi dia serve dengan mashed potato. memang super gempak. Tak sempat nak ambik gambar sebab is lupa bawa camera.


Begitu jugaklah air tembikai. Kat sana air dia memang super puas hati. dalam siap ada laici and nata d Coco. Memang terbaik. kredit to this picture. Walaupun tak serupa at least saper yang baca leh imagine per yang kami makan. Besnyer sesangat.

To my lovely hates buddy Rusydi Rosli he he he.. sowie tinggalkan ko. Saper suh ko pi JB tu training. Takpe nanti ko balik sini kita pi lagi. Kali nie ko belanja pulak sebab ko kaya ha ha ha..

Kay la.. Masa saya tuk sambung kerja sebelum saya balik Jam 9. Sorry yek En Shahril coz terpaksa tinggalkan kamu berkeja sorang. Esok Is balik kampung.. Yeepi..... See u ols after 3 days. Sebab kt kampung x de internet Masa bercuti yang indah...
Daaaaa.....

Sunday, January 2, 2011

my first sadness on new year.

         Saya sorang jer time new year. Tak de sape pun dengan saya masa tu. Tapi sangat bertuah saya masih ada kawan-kawan yang membuatkan saya gembira. Tapi saya masih mengharapkan Dia untuk berada disisi saya. Tapi saya pun tak tahu bila saya saya akan dapat jumpa dia ataupun hari itu adalah hari terakhir untuk saya berjumpa dengan dia.

         Saya faham keadaan dia. Bukan niat saya memaksa dia ke nak marah dia ke? Tapi apa yang saya buat hanyalah nak tengok dia kembali sihat seperti dulu. Tapi saya rasa saya jer yang beria-ia suruh dia pi check sana sini buat itu ini dia x de langsung tunjuk inisiatif pun nak buat benda tu. Nak pi berubat ker nak pi check up ker. Dia selalu mengadu kat saya sakit, tak larat dan semuanya lah. Saya tak kisah langsung kalau dia nak cakap pasal benda nie nak luahkan perasan. Tapi kalau dok bising sakit tapi tak de nak pi berubat ke ape ke tak ker rasa useless. Ape je yang saya boleh buat sebab saya tak de kat tempat kejadian. kalau saya ada maybe saya boleh tolong dia.

          Kalau saya cakap sesuatu bagi pandangan dia akan marah. Kadang-kadang saya rasa macam adik beradik dia tak membantu langsung. Saya bukan nak salahkan sesiapa tapi saya kesian dekat dia saya x sanggup tgh dia sakit macam tu. Sekarang nie saya memang x perdaya nak buat pape. kalau saya ada kete dah lama saya pi sana ambik dia. Tak kan lar sorang pun tak boleh tolong dia hantar dia ke KL untuk buat Check up dengan specialist. tapi semua macam tak membantu langsung. Bila saya cakap dia akan kata saya x payah risau dia x de pape tapi kalau dia x de pape napa cuti lama sangat. Napa tak bekerja. Dia Janjji dengan saya kami akan bertunang bulan 3 nanti.

         Tapi cuba bayangkan sekarang nie dah bulan berapa. Satu persiapan pun tak jalan lagi. Lepas tu pulak dia pun masih lagi tak datang jumpa family saya untuk tetapkan tarikh pertunangan. Saya sangat sakit hati dan sangat buntu sekarang nie. Saya sangat sedih bila orang bertanya pasal dia dan saya takde jawapan tuk segala persoalan. Saya sayang sangat2 dekat dia tapi saya tak tahu kenapa hati saya semakin tawar bila memikirkan keadaan ini. Dulu kawan saya selalu cakap susah kalau ada relationship dengan anak bongsu nie. manja dia lain dan dia rapat dengan mak. Tapi saya macam tak ambil pot sangat lar sebab saya rasa x semua orang macam tu.

          Tapi bila situasi nie berlaku ada jugak betulnya. Saya bukan sengaja nak marah dia. Tapi memandangkan saya pernah ada history yang buruk pasal nie so saya taknak perkara yang sama jadi dekat dia. Tapi dia macam ambik mudah dekat semua perkara. Saya pun tak tahu sampai bila saya boleh tahan dengan keadaan nie. Makin saya ingat saya rasa sedih sangat. Entah lah saya pun tak tahu sampai bila saya boleh bertahan. Saya sayangkan dia tapi........ hmmm tah lah. Saya rasa macam nie bukan sebab saya ada yang lain atau ape. InsyaAllah kalau diizinkan tuhan saya tetap nak sama dengan dia sampai bila2. Selagi dia memerlukan saya. tapi situasi nie betul buat saya buntu.