
Banyak pengalaman kelakar yang aku nak kongsi dengan korang sebenarnya tapi disebabkan mengantuk aku tahap cipan la nie so nenanti la aku type lagi ye. bubye

Saya terpanggil untuk membuat sedikit ulasan dengan tulisan saya “Perkenalan yang menyakitkan hati.” Banyak sangat komen yang saya dapat untuk tulisan nie. First of all thanks a lot for all the comment. Yang baik saya jadikan teladan yang baik saya jadikan sempadan. Saya nak berikan kongsikan sedikit pendapat saya bersama teman-teman yang memberikan pendapat.
Kadang-kadang semakin maju sesebuah zaman tapi makin ramai manusia yang cetek akal. Seharusnya ilmu, dan kemudahan yang ada kita gunakan untuk membangunkan sesebuah negara. Tapi sesetengah pihak dengan bangga menggunakannya kejalan yang salah.
Tidak kisah lelaki ataupun wanita. Mungkin ada diantara anda semua pernah mengalami masalah yang sama. Bukan nak backing sesiapa tetapi sesiapa yang yang makan cili dia yang terasa pedasnya. Iklasnya saya harap pada Saudara/saudari yang suka buat kerja-kerja macam nie fikirkanlah masa depan. Gunakanlah akal dan fikiran yang diberikan oleh Tuhan sewajarnya. Menafaatkanlah ilmu yang dipelajari dan hargai penat lelah ibu bapa dan cikgu yang mendidik kita. Belajar untuk menghotmati dan memahami sekiranya kita mahu difahami dan dihormati.
Terima kasih kepada komen-komen yang membina. Yang Baik Datang dari Allah dan yang buruk adalah kelemahan saya dan akan saya perbaiki. Fikir2kan lah. Jaga diri dan Salam sayang untuk semua sahabat saya.
